Bintang Real Madrid dan Croatia, Luka Modric, mendedahkan Cristiano Ronaldo mengucapkan tahniah di atas kejayaan memenangi anugerah Pemain Terbaik UEFA.

Modric telah menerima penghargaan mengatasi bekas rakan sepasukannya, yang tidak menghadiri majlis tersebut serta penyerang Liverpool, Mohamed Salah.

Pemain tengah itu mendedahkan bahawa telah menerima ucapan tahniah daripada Ronaldo dan diberitahu bahawa dia berhak bergelar pemenang.

"Saya sangat gembira kerana meraih anugerah ini. Kami akan tunggu dan lihat apa yang berlaku selepas ini," kata Modric.

"Saya memiliki hubungan yang rapat dengan Cristiano Ronaldo. Anugerah individu adalah penting tetapi saya tidak terlalu obses dengannya.

"Ronaldo telah mengucapkan tahniah kepada saya. Dia turut gembira di atas kejayaan saya dan memberitahu saya berhak menerimanya. Dia turut berkata tidak sabar untuk bertemunya semula."

Ronaldo dan Modric membantu Real merangkul gelaran Liga Juara-Juara (UCL) buat kali ketiga berturut-turut musim lalu, manakala Modric memimpin Croati mara ke final Piala Dunia.