Cristiano Ronaldo mengulangi keinginannya untuk mencipta sejarah bersama Manchester United selepas jaringan dalam masa kecederaan membantu Red Devils mengatasi Villarreal 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara.

Paco Alcacer membenarkan Villarreal mendahului di Old Trafford sebelum jaringan penyamaan daripada Alex Telles sebelum go Ronaldo pada minit ke-95 di hadapan Stretford End awal pagi tadi.

Dengan jaringan pada penghujung perlawanan, Ronaldo menjadi pemain United pertama untuk menjaringkan gol dalam tempoh 90 minit saingan Liga Juara-Juara (UCL) sejak Marouane Fellaini pada November 2018.

Dan Ronaldo, yang mengatasi bekas rakan sepasukan di Real Madrid, Iker Casillas, untuk menjadi pemain paling banyak membuat penampilan dalam saingan UCL dengan 178 kali, menyatakan kegembiraan kerana kembali ke Manchester.

"Segalanya masih terbuka dan kami percaya mampu ke pusingan seterusnya," kata Ronaldo.

"Inilah sebabnya mengapa saya kembali kerana saya merindui kelab ini, saya membuat sejarah di sini dan saya mahu melakukannya lagi.

"Saya harus mengucapkan terima kasih bukan sahaja daripada saya tetapi daripada seluruh pemain kerana mendorong pasukan sejauh ini bagi musim ini."


Ronaldo menjadi pemain kedua tertua United menjaringkan gol di Old Trafford bagi saingan Eropah (36 tahun dan 236 hari) selepas Bryan Robson (36 tahun 282 hari) bertemu Galatasaray pada 1993.

Jaringan kemenangan Ronaldo turut menamatkan rentetan empat keputusan seri dengan Villarreal, yang mengalami kekalaha pertama dalam 18 perlawanan -- selepas menang 12 dan seri lima daripada perlawanan sebelum ini.

Kemenangan itu membenarkan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer meraih kemenangan pertama Kumpulan F susulan tewas kepada Young Boys.

United akan bertemu pendahulu kumpulan, Atalanta dalam aksi UCL seterusnya pada 20 Oktober.