Ronaldo perlu beraksi -- Santos

Ammar Hakim
Oktober 10, 2021 05:08 MYT
Cristiano Ronaldo adalah 'pemain yang perlu beraksi' menurut ketua jurulatih Portugal, Fernando Santos, yang kelihatan mengkritik pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer.
Ronaldo menjaringkan gol buat kali kesembilan dalam tujuh penampilan bersama Portugal ketika mudah mengatasi Qatar 3-0 dalam aksi persahabatan awal pagi tadi.
Dia miliki merekodkan 112 gol di peringkat antarbangsa, Ronaldo turun dalam kesebelasan utama dan bermain selama 45 minit selepas berada di bangku simpanan ketika United bertemu Everton yang berkesudahan 1-1 di Old Trafford.
Selepas kemenangan mudah dirakamkan Portugal, Santos kelihatan menujukan kata-kata kepada Solskjaer dalam penampilan ke-181 yang bersejarah buat Ronaldo.

No player has scored more international goals (112). No player has scored against more nations (46).@Cristiano ? pic.twitter.com/TjaFfwec9P

— Manchester United (@ManUtd) October 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Penting bagi pemain sepertinya minit permainan dan saya memahami jika dia diturunkan selama 45 minit," kata Santos.
"Ronaldo adalah pemain yang perlu beraksi, perlu menyentuh bola. Berlatih bukan perkara yang sama. Dalam perlawanan terakhirnya, dia bermain hanya 33 minit."
#Manchester United #Cristiano Ronaldo #Portugal