Gareth Bale memuji rakan sepasukan Real Madrid, Cristiano Ronaldo, kerana mampu mengubah permainannya dan kekal sebagai pemain terbaik di dunia.

Berumur 32 tahun, jam perlahan-lahan berdetik pada kerjaya cemerlang Ronaldo, penjaring terbanyak sepanjang zaman Real dan pemenang empat kali Ballon d'Or itu disesuaikan dengan sewajarnya.

Tiada lagi pelari pantas yang mengelirukan di Santiago Bernabeu, Ronaldo telah mengambil alih peranan di bahagian serangan tengah untuk juara Eropah itu dan menjaringkan 18 gol LaLiga musim ini.

Dan Bale kagum bagaimana permainan Ronaldo mampu berkembang sepanjang tempohnya bersama skuad ibu negara Sepanyol itu.

"Kami sentiasa mendapat perkara baik. Kami telah menjaringkan banyak gol, memberikan banyak bantuan gol di antara satu sama lain, kami memenangi dua Liga Juara-Juara," kata Bale menerusi Daily Mail.

"Dia berada dalam prestasi hebat tetapi peranannya telah berubah. Dia lebih kepada penyerang sekarang. Ketika masih muda di Manchester United, anda melihat dia berlari dari dalam.

"Dia mengubah permainannya sedikit. Dia sangat efektif di dalam kotak, menjaringkan gol, membuat hantaran. Apabila usia meningkat, malah saya mula mengubah permainan saya sedikit. Dia tahu apa yang dia lakukan dan dia melakukannya dengan baik. "

Ronaldo dan Bale akan menghadapi Napoli, awal pagi esok, dengan Madrid mendahului 3-1 selepas perlawanan pertama pusingan16 Liga Juara-Juara.

Ketika Madrid memburu tempat mereka dalam suku akhir, ia juga akan menjadi peluang buat Ronaldo untuk menamatkan kemarau gol dalam lima perlawanan Eropah.