Legenda Real, Raul, menyifatkan Cristiano Ronaldo mampu memberikan ancaman kepada pasukan lawan walaupun semakin meningkat usia.

Pemain berusia 32 itu mengharungi saingan yang mantap musim ini, dia berjaya meledak 26 gol dalam semua pertandingan musim ini, malah merangkul gelaran Ballon d'Or pada musim kelapannya di Santiago Bernabeu.

Raul menyifatkan pemain kebangsaan Portugal itu terus mempamerkan aksi memberangsangkan walaupun sudah melepasi tahap kemuncaknya.

"Dia telah memenangi Ballon d'Or dan menghadapi musim yang baik setakat ini," jelas Raul.

"Saat yang penting hadir buat musim ini dan pemain-pemain berkualiti harus membuktikan kebolehan mereka. Saya menjangkakan dia berada di tahap terbaik.

"Mungkin dia sudah tidak memiliki ketangkasan seperti sebelum ini, namun saya yakin dia mampu memberikan yang terbaik buat pasukan."

Real Madrid kini menduduki takhta LaLiga dengan kelebihan dua mata dan satu perlawanan ke atas Barcelona menjelang pertemuan dengan Athletic Bilbao esok.