Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, berharap bintang Colombia, James Rodriguez, akan kekal di Santiago Bernabeu tetapi memahami jika penyerang itu mahu berpindah.

James kurang mendapat tempat di bawah kendalian Zinedine Zidane, sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa dia akan berpindah apabila tamat musim ini.

Dia hanya melakukan penampilan dalam kesebelasan utama sebanyak 13 kali musim ini, sehingga menarik minat Manchester United dan Inter Milan untuk mendapatkannya.

Bagi Ronaldo, James berhak menentukan masa depannya, namun tidak menafikan Rodriguez memiliki potensi untuk menyinar di Madrid.

“Jika dia tidak gembira dan mahukan lebih lagi, dia perlu mencari sesuatu yang baru.

“Saya akan mahukannya untuk kekal jika ditanya mengenai dirinya,” kata Ronaldo.

“Dia memiliki potensi bersama Madrid tetapi James mempunyai alasannya tersendiri dan kami perlu menghormatinya,” ujarnya.