Ronaldo: Kejayaan Scudetto ini khas buat penyokong

Shaiful Shamsudin
Julai 27, 2020 01:20 MYT
JUVENTUS 2 SAMPDORIA 0
Cristiano Ronaldo menujukan gelaran Serie A kesembilan berturut-turut Juventus khas buat peminat kelab itu.
Ronaldo sekali lagi mencetak gol tetapi gagal menyempurnakan sepakan penalti sebelum Federico Bernardeschi menyumbat jaringan kemenangan 2-0 ke atas Sampdoria yang menamatkan perlawanan dengan 10 pemain, awal pagi tadi, untuk meneruskan penguasaan Juve di Itali.
Gergasi Serie A itu memuktamadkan gelaran itu dengan baki dua perlawanan lagi sejurus mereka kembali menyambung aksi bulan lalu berikutan penularan wabak COVID-19.
Ronaldo, yang merekodkan 35 gol musim ini, gembira dan memberi penghormatan kejayaan itu kepada peminat Juventus.
"Selesai! Juara Itali," tulisnya di Instagram.
"Gembira untuk kejuaraan kedua berturut-turut dan terus membina sejarah kelab yang hebat dan menakjubkan ini.
"Gelaran ini didedikasikan untuk semua peminat Juve, khususnya bagi mereka yang telah menderita dan dilanda wabak yang membuat kita semua terkejut dengan senario dunia.
"Ia bukan mudah! Keberanian, sikap dan kesungguhan anda adalah kekuatan yang kami perlukan untuk menghadapi saingan peringkat akhir kejohanan yang sengit ini dan berjuang hingga ke akhirnya untuk merebut gelaran ini yang menjadi milik seluruh Itali. Pelukan buat anda semua! # stron9er #finoallafine. "
#Juventus #Cristiano Ronaldo #Serie A #Itali