Ronaldo jaringkan gol ke-5,000 Juventus

Penulis Jemputan
Disember 16, 2018 02:47 MYT
Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-5,000 Juventus dalam saingan Serie A ketika pasukan itu menewaskan Torino di Stadium Olimpico Grande Torino, Turin.
Jaringan tunggal perlawanan daripada sepakan penalti pada minit ke-70 itu memastikan kemenangan Juve dalam pertembungan "Derby della Mole", awal pagi tadi.
Sebagai rekod, jaringan ke-4,000 Juve disumbangkan bekas penyerang kebangsaan Itali, Marco Di Vaio, pada 2003.
19 tahun sebelum itu, Massimo Briaschi menjaringkan gol ke-3,000 buat pasukan itu.
Gianni Rossi menjaringkan gol ke-2,000 Juve dalam saingan Serie A pada 1962 manakala Carlo Parola mencatat nama selaku penjaring ke-1,000 pada 1948.
Kemenangan di Turin itu merupakan kemenangan kelapan berturut-turut Juve dalam saingan musim ini.