Ronaldo dinobat pemain terbaik abad ini

Ammar Hakim
Disember 27, 2020 18:39 MYT
Cristiano Ronaldo dan Pep Guardiola diberikan penghargaan di Anugerah Globe Soccer di Dubai, masing-masing dinobat sebagai pemain dan jurulatih abad ini.
Penyerang Juventus, Ronaldo, sendiri menerima anugerah tersebut dalam majlis yang diadakan di Hotel Armani semalam.
Pemain berusia 35 tahun itu, yang telah memenangi gelaran liga domestik di Sepanyol, England dan Itali dan Euro 2016 bersama Portugal, mengakui kebanggaannya kerana menerima penghargaan itu, yang diberikan kepada pemain yang dinilai terbaik antara tahun 2001 dan 2020.
"Saya sangat gembira meraih gelaran," kata Ronaldo.
"Tidak mudah untuk berada di tahap terbaik dalam bola sepak selama bertahun-tahun. Saya benar-benar berbangga, tetapi tanpa pasukan, jurulatih dan kelab yang hebat tidak mungkin gelaran ini menjadi milik saya. "
Guardiola diberi penghormatan untuk karier dalam bidang kejurulatihan yang menyaksikannya memenangi kejuaraan liga di Sepanyol, Jerman dan England, serta Liga Juara-Juara (UCL) dua kali.

? ?? Cristiano Ronaldo presented with the ⁣PLAYER OF THE CENTURY⁣ 2001-2020⁣ Globe Soccer Award, by HH Sheikh Mansoor Bin Mohammed Bin Rashid Al Maktoum — Chairman of Dubai Sports Council, at tonight’s gala pic.twitter.com/DK3B3My5t6

— Globe Soccer Awards (@Globe_Soccer) December 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester City #Pep Guardiola #Real Madrid #Juventus #Cristiano Ronaldo #Robert Lewandowski #Portugal #La Liga #Serie A #Bundesliga #Bayern Munich #EPL #Hans-Dieter Flick