Cristiano Ronaldo belum memberi isyarat bahawa dia ingin meninggalkan Juventus dan bakal bergabung bersama rakan sepasukannya untuk latihan pra-musim, menurut pengarah bola sepak, Federico Cherubini.

Pemain kebangsaan Portugal, Ronaldo, memasuki tahunt erakhir kontrak empat tahun yang ditandatangani selepas berhijrah dari Real Madrid.

Pemain berusia 36 tahun itu telah dilaporkan bakal meninggalkan Turin menjelang musim baru, dengan bekas kelab, Manchester United dan Real Madrid antara yang dikaitkan, bersama-sama dengan Paris Saint-Germain (PSG).

Spekulasi mengenai masa depan Ronaldo diperbincangkan, dengan Massimiliano Allegri kembali sebagai ketua jurulatih dan Cherubini menggantikan Fabio Paratici, sementara Maurizio Arrivabene dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baru.

Namun, ketika berbicara dalam sidang media semalam untuk menandakan pelantikannya secara rasmi, Cherubini menolak laporan baru-baru ini bahawa Ronaldo ingin berhijrah.

"Tidak ada isyarat daripada Ronaldo," katanya. "Terutama [mengenai] desas-desus bahawa dia mahu berpindah. Tidak ada petanda dari Juventus dalam hal ini.

"Musim lalu dia menjaringkan 36 gol dalam 44 pertandingan. Angka tidak selalu mengatakan semuanya tetapi menyembunyikan banyak kebenaran.

"Kami gembira Ronaldo akan menyertai pasukan sebaik sahaja dia selesai bercuti."