Cristiano Ronaldo kembali menjalani latihan penuh bersama Juventus selepas mengalami kecederaan buku lali.

Pemain berusia 34 itu terpaksa menjalani latihan berasingan sebelum ini kerana mengalami kecederaan ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Bologna, Ahad lalu.

Bagaimanapun, bintang Portugal itu kelihatan cergas untuk berdepan Napoli hujung minggu ini selepas diberikan lampu hijau untuk menjalani latihan bersama pasukan.

"Cristiano Ronaldo menjalani latihan seperti biasa selepas diketepikan sebelum ini," kata kenyataan yang dikeluarkan kelab itu beberapa hari lalu.

Perkhabaran itu melonjakkan pasukan pimpinan Massimiliano Allegri itu, yang mampu berada di puncak dengan kelebihan 16 mata jika melakar kemenangan di San Paolo.

Ronaldo telah menjaringkan 21 gol dalam semua kejohanan untuk Juve sejak berhijrah dari Real Madird, Julai lalu.