Bekas bintang Barcelona dan Brazil, Ronaldinho, seakan-akan berputus asa dengan rakan senegaranya, Neymar, yang mengambil keputusan untuk berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG).

Gergasi Ligue 1 itu menyempurnakan perpindahan termahal selepas membayar EURO222 juta untuk mendapatkan khidmat Neymar.

Neymar mengikut jejak langkah bintang Brazil itu apabila menyertai The Catalans, di mana Ronaldinho menempah nama dan memenangi Ballon d'or pada 2005.

Ia merupakan keinginan Neymar untuk keluar daripada bayang-bayang Lionel Messi dan memenangi anugerah individu merupakan faktor dia mengambil keputusan untuk menyertai PSG tetapi Ronaldinho percaya pemain berusia 25 tahun itu gagal melihat gambaran yang lebih besar.

"Ya, dia sangat berhati-hati. Walaupun sukar, Neymar tidak boleh berselindung dan menyifatkan Barcelona adalah kelab yang terbaik," katanya.

Dengan cita-cita Neymar untuk menjuarai Ballon d'Or, Ronaldinho – yang bermain untuk PSG sebelum menyertai Barcelona – melihat Messi sebagai pemain terbaik di dunia.

"Cristiano [Ronaldo] dan Messi adalah dua pemain yang sangat berbakat. Tetapi saya memilih Messi kerana dia adalah rakan saya."