Pertahanan AC Milan, Alessio Romagnoli, kembali menyertai sesi latihan bersama skuad utama.

Bek tengah itu telah terlepas aksi hampir sebulan ekoran kecederaan paha yang dikutip dalam kemenangan ke atas Bologna dalam saingan Serie A.

Bagaimanapun, dia kini disahkan bakal beraksi berdepan Chievo, esok, selepas Milan mendedahkan Romagnoli telah berjaya mengikuti latihan lengkap bersama rakan sepasukan lain.

Milan masih mampu mengutip tujuh daripada sembilan mata ditawarkan walaupun dengan ketiadaan Romagnoli.

Sementara itu, bek kanan, Ignazio Abate -- yang telah beraksi tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini -- gagal mengikuti sesi latihan ekoran kecederaan mata dan dilaporkan tidak akan beraksi.

Tweet 1