Roma mengesahkan bahawa pemain yang dipinjam daripada Chelsea, Davide Zappacosta, mengalami kecederaan lutut kiri.

Pemain berusia 27 tahun itu mengalami masalah tersebut ketika sesi latihan semalam dan kini berdepan kemungkinan menjadi salah seorang pemain yang akan memanaskan bangku simpanan dalam tempoh lama.

Dia hanya tampil selama 12 minit buat Roma akibat kecederaan betis sejak melengkapkan pinjaman enam bulan daripada Chelsea, Ogos lalu.

Memetik kenyataan daripada laman web rasmi kelab itu: "Sewaktu menjalani latihan semalam, Zappacosta mengalami masalah di bahagian lutut kiri dalam satu insiden yang tidak disengajakan.

"Pihak kelab menyampaikan rasa simpati kepadanya dan mengucapkan selamat sambil mendoakan agar Zappacosta cepat pulih."

Zappacosta menandatangani kontrak lanjutan dengan Chelsea sehingga Jun 2022 selepas dikaitkan dengan perpindahan tetap ke Roma.