Zeki Celik menjadi pemain ketiga ditandatangani Jose Mourinho dalam jendela perpindahan kali ini, di mana pemain itu menyertai AS Roma daripada Lille dengan perpindahan dilaporkan bernilai €7 juta (RM31.8 juta).

Celik, yang menandatangi kontrak empat tahun bersama kelab Serie berkenaan, dikatakan sudah mula menarik minat Mourinho sewaktu pengurus itu masih bersama Tottenham.

Dia menjadi pemain ketiga ditandatangani Roma musim ini selepas pasukan itu turut mendatangkan Nemanja Matic dan Mile Svilar -- kedua-duanya secara perpindahan percuma -- ke Rome.

"Bagi saya, ia merupakan satu penghormatan untuk bermain buat kelab sebesar ini," kata Celik.

"Saya mempunyai impian yang bsar dan mahu menyumbangkan kejayaan buat pasukan ini.

"Saya sudah bersedia dan fokus. Saya tidak pernah berputus asa dan anda akan sentiasa melihat saya berjuang di atas padang," katanya.