Roma enggan tergesa-gesa dengan Zaniolo

Ammar Hakim
Julai 6, 2020 03:02 MYT
Ketua jurulatih Roma, Paulo Fonseca, berkata, kelab itu tidak akan tergesa-gesa dengan Nicolo Zaniolo apabila bintang Itali itu membuat kemunculan pertamanya setelah pulih kerana kecederaan.
Zaniolo telah berkembang di ibu negara Itali itu sejak tiba daripada saingannya, Inter pada tahun 2018 tetapi dia mengalami kecederaan ligamen anteriornya (ACL) Januari lalu.
Namun, pemain berusia 21 tahun itu kembali beraksi semalam -- hadir daripada bangku simpanan pada minit ke-66 ketika Roma tewas 2-1 kepada Napoli.
"Dia tidak mempunyai masa lebih dari 30 minit, perlahan-lahan dia akan menjadi penting sekali lagi buat pasukan," kata Fonseca.
"Dia memasuki saat yang sukar tetapi berusaha untuk membantu pasukan. Zaniolo akan kembali memperkuat pasukan."
Fonseca berkata lagi: "Ini adalah saat yang positif, sudah lama berlalu dan dia belum berada dalam keadaan terbaik untuk bermain beberapa minit.
"Namun, penting baginya untuk kembali menentang pasukan yang hebat. Mari kita lihat bagaimana dia bertindak balas sepanjang minggu ini, kita mesti berhati-hati ketika ini. Jangan lupa bahawa dia sudah lama tidak beraksi."
Roma tewas buat kali ketiga berturut-turut dan kini menghuni tangga keenam Serie A ketika saingan berbaki lapan perlawanan.