Roger Federer tarik diri daripada dua kejohanan kerana cedera lutut berulang

Muzaffar Musa
Ogos 6, 2021 08:39 MYT
Roger Federer telah menarik diri daripada Kejohanan Tenis Terbuka Kanada dan Masters Cincinnati bagi menumpukan kepada pemulihan kecederaan lututnya.
Selepas menjalani dua pembedahan lutut tahun lalu, Federer hanya bersaing dalam lima kejohanan tahun ini.
Yang terbaru, pemenang 20 kali gelaran grand slam itu layak ke suku akhir Kejohanan Wimbledon sebelum tewas straight set kepada Hubert Hurkacz.
Pemain berusia 39 tahun itu terlepas saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020 gara-gara kecederaan lutut berulangnya.
Dia sepatutnya menyertai kejohanan di Toronto dan Cincinnati itu -- di mana dia merupakan juara tujuh kali -- sebagai persediaan untuk menghadapi Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, penyertaannya dalam kejohanan grand slam terakhir tahun ini kelihatan samar selepas dia menarik diri daripada dua kejohanan bertaraf Masters 1000 ATP bulan ini.

Seven-time champion Roger Federer has withdrawn from the 2021 tournament due to a knee injury. Get well soon, Roger ❤️ #CincyTennis pic.twitter.com/vpqKwqXZJA

— Western & Southern Open (@CincyTennis) August 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Roger Federer #ATP #Tenis