Brendan Rodgers menyifatkan dirinya sebagai penyokong yang bertuah selepas menandatangani kontrak baru selama empat tahun untuk kekal di Celtic selepas menjulang kejuaraan Liga Perdana Scotland.

Celtic menjulang gelaran liga buat kali keenam selepas meraih kemenangan 5-0 ke atas Hearts minggu lalu sebelum mengumumkan kontrak baru Rodgers yang akan kekal bersama pasukan sehingga 2021.

Bekas pengendali Liverpool itu percaya bahawa beliau sangat bertuah kerana berpeluang untuk mengendalikan Celtic.

"Ia merupakan satu keputusan yang mudah buat saya, " kata Rodgers.

"Secara peribadi dan profesional, saya berada di kelab yang sangat baik.

"Saya adalah seorang penyokong yang sangat bertuah dan berharap untuk memperkembangkan lagi kelab ini buat masa akan datang.

"Saya sangat berpuas hati dengan kerjasama bersama pemain-pemain -- saya mahu cuba mempertingkatkan lagi mutu pasukan ini."