Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers, melaungkan sokongannya terhadap James Maddison dan mempertahankan gaya hidup pemain tengah itu.

Gambar Maddison berpesta di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), ketika rehat pertengahan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi tumpuan ramai selepas pemain mengambil kesempatan itu untuk berehat selepas mengharungi kempen yang memenatkan.

Namun, pengurus itu tidak meragui tahap profesionalisme anak buahnya itu dengan berkata dia telah menjadi sasaran bagi pengkritik.

Bintang Foxes itu kini memasuki musim keduanya bersama Leicester dan telah menyumbangkan enam gol dalam 24 perlawanan EPL sehingga mendorong namanya menjadi sebutan untuk panggilan skuad Euro 2020 bersama England.

Menurut Rodgers, pemain berusia 23 tahun itu telah digambarkan secara tidak adil tetapi dia mungkin perlu membiasakan diri dengan layanan sebegitu.

"Sukar untuk kami berada di dunia yang hebat ini di mana semua orang mahu mengambil berat. Suasana yang hebat ini telah menyebabkan semua orang ingin mengambil berat," kata Rodgers.

"Ia satu tindakan yang tidak perlu kerana perkara pertama yang dilakukan sesetengah pihak ialah dengan cuba mengenakan anda.

"Ini sesuatu yang bercanggah, ia sukar dipercayai. Dia kini menjadi perhatian utama dan perlu menyesuaikan diri tapi ia mengenai kehidupan seseorang.

"Dia seorang pemuda bujang yang berusia 23 tahun. Dia diberi cuti seminggu dan kami cuba mendidik mereka dengan banyak cara tetapi ini sesuatu yang saya tidak peduli."

Kelab-kelab kebiasaannya memberikan kebebasan kepada pemain ketika bercuti dan percaya dengan cara pengurusan mereka. Justeru, Rodgers hanya mempunyai perkara positif untuk menyatakan sumbangan Maddison kepada Leicester pada musim ini.

Dia menjadi nadi utama pasukan dan telah dikaitkan dengan beberapa kelab termasuk Manchester United.

"Saya hanya boleh menilainya ketika sepanjang tempoh saya di sini, iaitu hampir setahun," katanya lagi.

"Dia benar-benar seorang pemain yang hebat bagi saya dan di luar padang, dia berasa sangat kegembiraan."

The Foxes, yang kini menduduki tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL), akan kembali menyambung kempen dengan menghadapi Wolves, awal pagi esok.

Rodgers berharap Maddison tidak menunjukkan sebarang kesan negatif sepanjang menghabiskan cutinya di luar negara sambil menegaskan tuntutannya terhadap pemainnya.

Bekas pengurus Celtic dan Liverpool itu berkata: "Terdapat dua tahap pemikiran yang berbeza, iaitu pemikiran sosial atau profesional.

"Yang utama adalah secara profesional, iaitu mempunyai mentaliti untuk melakukannya pada setiap hari dan menjaga diri sendiri dan kemudian menghasilkan keputusan yang memberangsangkan."


Editor: Shaiful Shamsudin