Pengendali Celtic, Brendan Rodgers, bimbang dengan ancaman Sergio Aguero menjelang pertemuan dengan Manchester City dalam aksi Liga Juara-Juara pada Rabu.

Walaupun terlepas tiga aksi Liga Perdana kerana digantung perlawanan, Aguero telah meledak 11 gol dalam semua pertandingan musim ini.

Rodgers, yang pernah berkhidmat bersama Swansea dan Liverpool, sudah mengetahui kebolehan yang dimiliki Aguero.

"Ia merupakan perlawanan yang sukar buat kami. Saya telah bertemu Aguero banyak kali, saya tahu kualiti yang dimilikinya," kata Rodgers.

"Jaringan pertamanya dalam aksi bola sepak Inggeris tiba ketika berdepan Swansea dan dia merupakan pemain gantian.

"Dia memiliki bakat yang besar, Aguero merupakan antara penyerang berbisa di dunia dan beraksi bersama pasukan yang berkelas dunia."

Juara Scotland itu bangkit ketika menewaskan Kilmarnock 6-1 setelah diaibkan Barcelona 7-0 dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.