Andy Robertson meratapi kekalahan 3-1 Liverpool di tangan Leicester City dan mengakui pasukannya tidak boleh lagi keciciran mata.

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu dibolosi tiga kali dalam tempoh tujuh minit di Stadium King Power selepas Mohamed Salah membuka jaringan.

James Maddison menyamakan kedudukan buat Leicester dengan sepakan percuma dan Jamie Vardy mengambil peluang daripada kesilapan Alisson untuk meletakkan Leicester di hadapan sebelum Harvey Barnes meledak gol ketiga.

Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut Liverpool dalam saingan EPL -- kali pertama sejak November 2014 di bawah kendalian Brendan Rodgers -- meletakkan mereka di tangga keempat.

Pertahanan kiri, Robertson, yang turun dalam setiap kekalahan sebelum ini, mengakui pasukannya untuk segera mencari jalan penyelesaian jika mahu menyelamatkan musim ini.

"Ia satu tamparan hebat, boleh dikatakan begitu," katanya BT Sport. "Kami mendominasi sebahagian besar permainan kemudian kami tidak lagi beraksi seperti biasa.


"Kami cemerlang untuk kekal dalam perlawanan tetapi terlalu terbuka hingga memberi ruang kepada pasukan lawan.

"Ketinggalan 2-1 tetapi kami masih lagi berusaha untuk bersaing. Sebarang kesilapan mudah berdepan lawan seperti Leicester anda akan dihukum.

"Kami bermain dengan penuh keyakinan hampir keseluruhan perlawanan kemudian saya tidak tahu apa yang berlaku pada 10-15 minit terakhir.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku, setiap perlawanan adalah penting sekarang. Kami perlu mengakhiri masalah ini."

Liverpool tewas 4-1 kepada Manchester City minggu lalu dengan dua kesilapan berpunca daripada Alisson, kini telah dibolosi tujuh kali dalam dua perlawanan.