Di sebalik pelbagai masalah yang menghimpit skuad Kedah Darul Aman namun ia tidak menghalang mereka mengejar kedudukan kedua terbaik Liga Super.

Slot pertama ke Piala AFC diisi skuad kendalian Aidil Sharin Sahak selain kejayaan Baddrol Bakhtiar meledak tujuh gol menyaksikan dirinya dalam kalangan 10 penjaring terbaik yang rata-ratanya awang import.

"Bukan mudah untuk pasukan melayakkan diri ke Piala AFC buat kali kedua berturut-turut dalam situasi yang dihadapi pasukan sebelum ini. Pemain-pemain berjaya melakukannya dengan memastikan aksi yang dipamerkan dengan baik," kata Aidil.

Kedah menjamin laluan ke Piala AFC buat tahun ketiga berturut-turut selepas menumbangkan Melaka United 4-1 untuk muncul naib juara Liga Super 2021 di Alor Setar, semalam.

Dua gol daripada Tcheche Kipre sementara Baddrol Bakhtiar dan Fayadh Zulkifli memastikan kemenangan bergaya buat skuad Lang Merah.

"Sebelum ini, ramai yang mengatasi saya sudah gagal menjaringkan gol dan saya membuktikan dengan tujuh gol yang dihasilkan. Anak saya (Dhiya Delisha), sentiasa memberikan sokongan kepada saya sebelum perlawanan bermula," kata Baddrol.