Richmond Ankrah dipinjamkan ke Penang

Saufi Tahir
Mac 28, 2024 09:12 MYT
Pemain pertahanan Selangor, Richmond Tetteh Ankrah, bakal menyumbangkan bakti bersama pasukan Penang FC secara pinjaman bagi menguatkan benteng pertahanan pasukan dari Utara tanah air itu menjelang saingan Liga Super Malaysia (MFL) 2024/2025, pada Mei nanti.
Pemain dengan ketinggian 190 cm itu dilihat kurang mendapat minit permainan pada saingan liga musim lepas selepas menandatangani kontrak dari Accra Lions FC dua tahun lalu.

?Bekas pertahanan import Selangor FC Richmond Ankrah khabarnya sudah tiba di Pulau Pinang untuk melengkapi pemain import ke 3 skuad Penang FC ?️?@ASTROARENA pic.twitter.com/sJIjKY184v

— FinaNasrom (@fnasrom) March 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia menjadi pemain kedua dari Selangor yang dipinjamkan ke kelab itu selepas penjaga gawang, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, justeru menjadi pemain import ketiga pasukan Penang untuk musim ini.
#Selangor #MFL #Spekulasi Perpindahan Liga Malaysia #Richmond Ankrah