Kemenangan 3-0 Bayern Munich ke atas FC Colongne merupakan persiapan terbaik bagi memastikan harapan Arsenal terkubur dalam saingan Liga Juara-Juara, menurut Franck Ribery.

Pemain sayap itu turut bertanggungjawab meledak gol ketiga perlawanan bagi memastikan skuad kendalian Carlo Ancelotti melakar kemenangan selesa di RheinEnergie Stadion, malam tadi.

Bayern akan bertandang ke Emirates pada Selasa ini selepas mendominasi aksi pertama pusingan 16 dengan kemenangan 5-1.

"Kami perlu beraksi seperti ini," ujar Ribery.

"Perlawanan hari ini agar sukar tetapi kami berjaya meledak tiga gol.

"Mereka merupakan pasukan yang bagus, mereka menempuh musim yang bagus. Ini juga kemenangan penting menjelang aksi berdepan Arsenal.

"Kami sering kali mahu menyerang tetapi kami perlu berhati-hati. Gol pertama dan kedua dijaringkan Javi Martinez dan Juan Bernat amat penting," tambahnya.

Berkenaan dengan kecederaan beberapa pemain, Ribery berkata: "Jerome Boateng masih cedera, Renato Sanchez masih kurang sihat tetapi kami masih memiliki skuad yang mantap."