Pemain tengah Bayern Munich, Corentin Tolisso, mendedahkan bahawa rakan sepasukannya, Franck Ribery, berbangga dengan kejayaan Perancis menjuarai Piala Dunia walaupun memiliki hubungan yang tegang dengan skuad Les Bleus.

Ribery merupakan tunjang utama Perancis ketika melayakkan diri ke pentas final Piala Dunia 2006, namun dia digantung tiga perlawanan selepas melakukan kesalahan memboikot pasukan ketika saingan empat tahun kemudian.

Pemain sayap Bayern itu bersara setelah terlepas Piala Dunia 2014 atas sebab kecederaan dan alasan peribadi.

Bagaimanapun, Ribery masih menikmati kejayaan Perancis menjulang trofi di Russia pada tahun itu selepas didedahkan oleh Tolisso.

"Ribery mengucapkan tahniah kepada saya," kata Tolisso.

"Walaupun hubungannya dengan skuad kebangsaan Perancis agak rumit, dia tetap gembira untuk kami dan seluruh pasukan.

"Ribery adalah seorang individu yang baik dan dia sangat berbangga dengan seluruh pasukan kebangsaan Perancis."