redONE Mobile Keluar-Masuk: Kehadiran Jae-hon suntik nafas baru Kelantan Darul Naim

Ammar Hakim
April 24, 2024 14:47 MYT
Ketua jurulatih Kelantan Darul Naim, Park Jae-hong, dicanang sebagai watak penting dalam mengembalikan zaman kegemilangan pasukan yang berpangkalan dari Pantai Timur itu.
Saban musim, pasukan yang pernah satu ketika dahulu dilabel sebagai gergasi Liga Malaysia, makin hari makin hilang dari radar kelompok yang mengejar kelompok saingan dalam kancah Liga Malaysia.
Kehadiran pengendali dari Republik Korea, yang diumum sebagai ketua jurulatih skuad Kijang Emas bagi menghadapi saingan Liga Super 2024-25.
Pelantikan jurulatih Korea Selatan berusia 45 tahun itu diumumkan di platform media sosial rasmi dan ia menjadikan Jae-hong sebagai jurulatih Korea ketiga yang melatih pasukan di Malaysia selepas Kim Pan-gon (skuad senior Malaysia) dan Choi Moon-sik (Kelantan FC).
#liga #Super #Liga-M #redONE Mobile Keluar Masuk