Real terima €88.6 juta julang gelaran UCL

Penulis Jemputan
Oktober 25, 2018 22:30 MYT
Real Madrid meraih €88.6 juta (RM419 juta) di atas kejayaan menjulang gelaran Liga Juara-Juara (UCL) selepas membenam Liverpool, Mei lalu.
Real mengatasi skuad bimbingan Jurgen Klopp itu 3-1 di Kiev hasil dua jaringan Gareth Bale manakala penjaga gol The Reds, Loris Karius, melakukan dua kesilapan dalam aksi tersebut.
Zinedine Zidane menjulang trofi yang sama buat kali ketiga berturut-turut sebelum mengumumkan meletak jawatan selaku pengendali Los Blancos.
Liverpool meraih €11 juta (RM52 juta) kerana mara ke final dan €81.2 juta (RM384 juta) secara keseluruhan, manakala tambahan €15.5 juta (RM73 juta) diterima Real kerana muncul juara.
Dalam saingan Liga Europa (UEL), pemenang Atletico Madrid mendapat €16.1 juta (RM76 juta) selepas mengatasi Marseille.
Kelab LaLiga, Atletico turut menerima €31.7 juta (RM150 juta) di atas penyertaan dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) sebelum tersingkir di peringkat kumpulan.
Secara keseluruhan, UEFA membayar €1.412 billion (RM6.69 bilion) kepada kelab UCL dan €428.1 juta (RM2.02 bilion) kepada kelab yang bersaing dalam UEL bagi musim 2017-18.