Real Mallorca sah tersingkir daripada LaLiga, Leganes bakal menyusul

Muzaffar Musa
Julai 17, 2020 01:09 MYT
Real Mallorca tersingkir daripada LaLiga selepas tewas 1-2 kepada pasukan yang memburu slot ke Liga Europa, Granada, di laman sendiri awal pagi tadi.
Dengan hanya dua kemenangan diperoleh sejak liga itu bersambung bulan lalu, Mallorca -- yang dinaikkan daripada playoff Segunda musim lalu -- sudah tiada harapan untuk mengekalkan diri dan kekalahan terbaru itu mengesahkan penyingkiran mereka.
Cucho Hernandez memberikan mereka gol pendahuluan pada minit ke-20 tetapi Granada -- yang turut menyertai liga divisyen utama itu musim lalu -- menyamakan kedudukan pada penghujung babak pertama menerusi Victor Diaz.
Carlos Fernandez kemudian menjadikan kedudukan 2-1 menerusi tandukannya selepas sejam perlawanan dan harapan Mallorca musnah sebaik Aleksandar Sedlar dilayangkan kad merah gara-gara melakukan terjahan gegabah.
Hernandez turut dilayangkan kad merah tidak lama selepas itu tetapi pada ketika itu, dia sudahpun digantikan.

? Lo peor de hoy es estar sin vosotros ? En las buenas y en las malas, pase lo que pase pic.twitter.com/4PVaHXOJPJ

— Real Mallorca ??? (@RCD_Mallorca) July 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Slot penyingkiran terakhir akan diketahui pada hari perlawanan terakhir musim ini selepas Leganes menewaskan Athletic Bilbao 2-0 dalam satu lagi perlawanan, yang meletakkan mereka hanya kekurangan satu mata di belakang Celta Vigo.
Bagaimanapun, Celta akan bertemu pasukan yang sudah sah tersingkir, Espanyol, manakala Leganes akan bertemu pasukan juara, Real Madrid.

Somos el C.D. Leganés, herederos de los Once Leones, almas inconformistas, trabajadoras, que se esfuerzan cada día por conseguir su objetivo y ¡¡VAMOS A LUCHAR HASTA EL FINAL!! #VamosLega ?????? pic.twitter.com/38wFPl5E9X

— C.D. Leganés (@CDLeganes) July 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Granada #Mallorca #Celta Vigo #LaLiga #Leganes