Real Madrid terus membara pertahan Laliga

Shaiful Shamsudin
Februari 10, 2021 02:07 MYT
REAL MADRID 2 GETAFE 0
Real Madrid akan terus berjuang dalam perebutan gelaran LaLiga musim ini, kata Zinedine Zidane selepas pasukannya terus menghambat Atletico Madrid dengan lima mata.
Keputusan seri Atleti dengan Celta Vigo semalam menawarkan Madrid peluang ketika menghadapi Getafe, awal pagi tadi, apabila menang selesa 2-0 di tempat sendiri.
Gol tandukan kelima daripada Karim Benzema pada musim ini dalam semua kejohanan -- lebih banyak dalam kalangan pemain LaLiga lain selain daripada tonggak Sevilla, Youssef En-Nesyri -- meletakkan Los Blancos di depan ketika permainan berbaki sejam sebelum Ferland Mendy menyempunakan umpan silang Marcelo.
Namun, Getafe -- yang mempamerkan persembahan mantap musim ini -- hanya mampu melepaskan satu percubaan tepat sepanjang perlawanan sekali gus khidmat penjaga gol Madrid, Thibaut Courtois, di pintu gol tidak terancam termasuk hantaran silang.
Ini adalah jumlah percubaan terendah yang pernah dihadapi juara bertahan itu dalam LaLiga sejak musim 2004-05, sementara dibolosi 17 gol dalam liga musim ini -- jumlah terendah semusim dalam 22 perlawanan.
Dengan menepati hajat itu, Madrid kembali ke tempat kedua, tiga mata mendahului Barcelona dan lima di belakang seteru kota, Atleti, biarpun anak buah Diego Simeone berkenaan masih memiliki dua baki perlawanan.
Zidane menegaskan bahawa fokus barisan pemainnya hanya kepada perlawanan demi perlawanan sambil berharap dapat mempertahankan gelaran mereka.
"Kemenangan ini tidak akan mengubah apa-apa, kami akan terus melaksanakan tugas kami. Tugas kami adalah berjuang, meneruskan usaha tanpa mengambil kira pihak lain," katanya selepas pasukannya mencatat rentetan kemenangan buat kali pertama pada tahun ini.
"Ini satu kemenangan yang baik. Ia adalah satu kemenangan berturut-turut, kami memerlukannya. Malah, kami menghadapi banyak masalah kecederaan. Kami memerlukan kejayaan ini.

1 - @realmadriden faced just one shot against Getafe, fewer than in any other #LaLiga game since at least 2003/04 when this stat is available in the competition. Solvency#RealMadridGetafe pic.twitter.com/AxkPx6WORZ

— OptaJose (@OptaJose) February 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya rasa tiada seorang pun warga Madrid yang menjangkakan kami akan tewas dalam liga. Sebaliknya, mereka sentiasa fikir kami mampu mengubah keadaan dan itulah yang akan kami cuba lakukan.
"Sungguhpun dibelenggu kesulitan, tetapi kami terus berusaha. Kami harus terus berjuang, sedikit demi sedikit."

? ? Heading in the rain! ?@Benzema#RealMadridGetafe | #RMLiga pic.twitter.com/yGOEGjdVjq

— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) February 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengurus dari Perancis itu kemudian memasukkan Isco yang jarang mendapat tempat pada minit ke-75 -- tidak tampil sejak 23 Januari akibat kecederaan belakang.
Secara keseluruhannya, pemain tengah itu hanya membuat tiga permulaan LaLiga musim ini dengan mencipta lima peluang -- satu bantuan gol -- dalam 12 penampilan liga.
"Isco tidak dapat diletakkan dalam kesebelasan utama," katanya mengenai anak buahnya itu yang dikaitkan dengan perpindahan bulan lalu.
"Dia hanya sempat berlatih sekali bersama pasukan utama sebelum diserapkan dalam perlawanan ini."
#Real Madrid #LaLiga