Real Madrid seharusnya dihukum kerana mengejar mendapatkan khidmat Kylian Mbappe, menurut pengarah sukan Paris Saint-Germain, Leonardo.

Kontrak Mbappe bersama PSG akan berakhir tahun depan dan Real sudah bersedia untuk menerima kedatangan pemain kebangsaan Perancis itu.

Presiden Real, Florentino Perez, mencadangkan minggu ini bahawa Los Blancos optimis mendapatkan khidmat Mbappe Januari ini -- walaupun dia menjelaskan selepas itu bahawa kata-katanya telah disalahtafsirkan.

Penyerang Real, Karim Benzema, kemudian mengatakan penghijrahan Mbappe ke Santiago Bernabeu akan berlaku pada tiba masanya.

PSG dilaporkan menolak bidaan Real bagi mendapatkan Mbappe dalam jendela perpindahan sebelum ini, namun Leonardo berasakan gergasi Sepanyol itu dijangka akan mendapatkan khidmat penyerang itu sebagai ejen bebas, dan dia mengatakan perlakuan mereka harus dihukum.

"Real menafikannya, tetapi saya berasakan Real Madrid telah melakukan sesuatu bagi menadpatkan Mbappe [dengan pertukaran percuma] sejak sekian lama," kata Leonardo.



"Sejak dua tahun lalu mereka berbincang mengenai Mbappe secara umu. Ia harus dihukum.

"Saya dapat melihat bahawa mereka tidak menghormati Mbappe. Dia bukan pemain biasa, dia adalah terbaik dunia.

"Seluruh individu di Real bercakap mengenai Kylian... Saya berasakan ia sebahagian daripada perancangan mereka. Langsung tidak menghormati kami."