Real Madrid minat dapatkan Joao Cancelo daripada Man City

Shaiful Shamsudin
September 30, 2022 02:12 MYT
Real Madrid sedia mengukuhkan pertahanan mereka pada musim depan dengan menjadikan bintang Manchester City, Joao Cancelo, sebagai sasaran utama.
Pemain Portugis itu menjadi antara tunjang kekuatan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) berikutan keupayaannya mengisi bahagian kiri mahupun kanan selain mempunyai gerakan kreatif di bahagian serangan.
Menurut laporan AS, Los Blancos yakin dapat memberi pemain itu yang terikat dengan kontrak hingga 2027 boleh dibeli dengan harga £45j (RM232.9j), lebih-lebih lagi situasi Ferland Mendy selepas musim panas kelak masih tidak menentu.
#Manchester City #Real Madrid #Joao Cancelo