Reading telah menandatangani bekas penyerang England Andy Carroll dengan perjanjian jangka pendek.

Pemain berusia 32 tahun itu menjadi ejen bebas sejak dilepaskan Newcastle United pada penghujung musim lalu, tetapi menyertai pasukan kejuaraan dengan kontrak sehingga pertengahan Januari.

Carroll menyertai pasukan yang menduduki tangga ke-16 dalam divisyen kedua, tetapi hanya empat mata di belakang Queens Park Rangers yang berada di tempat keenam.

Beraksi sembilan kali oleh negaranya, karier bekas penyerang Liverpool itu terjejas akibat kecederaan.

Pengendali Reading, Veljko Paunovic berharap Carroll, yang telah menjaringkan 80 gol dalam kariernya dan membuat lebih 250 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL), dapat diturunkan.

Paunovic berkata, "Ini adalah perjanjian yang telah kami usahakan dan yakin ia adalah langkah yang tepat untuk pemain dan kelab.

"Andy sedang mencari cabaran baharu dalam kariernya dan kami memerlukan pemain yang berkualiti dan berpengalaman luas. Jadi ini adalah padanan yang hebat dan saya tidak sabar untuk bekerja dengan Andy dalam beberapa bulan akan datang."