Henrichs telah melakukan 15 penampilan dalam kejohanan itu sejak menyertai Leipzig daripada Monaco, di mana kempennya turut terganggu dengan masalah kecederaan.
Bagaimanapun, pemain kebangsaan Jerman itu menyumbangkan penglibatan gol pertamanya ketika membantu jaringan ketua pasukan, Marcel Sabitzer, untuk meraih kemenangan 4-1 ke atas Werder Bremen, Sabtu lalu.
Pemain berusia 24 tahun itu menandatangani kontrak sehingga 2025 selepas klausa pembelian dalam kontrak pinjamannya diaktifkan -- dilaporkan menelan belanja €15 juta (RM73.77 juta).
"Sejak datang ke Leipzig, sasaran utama saya adalah untuk mendapatkan kontrak jangka panjang. Saya berasa amat baik di sini dan gembira untuk menjadi pemain RB Leipzig untuk tahun-tahun mendatang," kata Henrichs dalam laman web rasmi Leipzig.
"Kecederaan yang saya alami musim ini sudah diatasi sepenuhnya. Kini saya mahu kembali ke tahap terbaik bersama seluruh pasukan ini."
#Henrichs2025#Henrichs2025#Henrichs2025
— RB Leipzig English (@RBLeipzig_EN) April 12, 2021
?⚪ #RBLeipzig pic.twitter.com/r0o5YE3qMH