Rashford mampu jadi penyerang terbaik dunia -- Matic

Ammar Hakim
Mei 7, 2020 23:03 MYT
Marcus Rashford mampu menjadi salah seorang penyerang terbaik dunia, menurut rakan sepasukan Manchester United, Nemanja Matic.
Pemain kebangsaan England, Rashford telah menjaringkan 19 gol dan mencetak lima bantuan jaringan buat United musim ini, menjadikan musim terbaik baginya.
Pemain berusia 22 tahun itu masih lagi tidak diturunkan sejak meraih kemenangan ke atas Wolves dalam aksi pusingan ketiga Piala FA, selepas mengalami kecederaan belakang.
Dengan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ditangguh sehingga pertengahan Jun ekoran pandemik koronavirus, Rashford mungkin akan kembali cergas sepenuhnya untuk membantu United mendapatkan tempat ke Liga Juara-Juara (UCL).
Ditanyakan untuk menamatkan pemain terbaik United, Matic berkata, "Kami memiliki ramai pemain muda yang masih belum mencapai tahap terbaik mereka, tetapi Marcus Rashford memiliki kemampuan berada dalam kalangan terbaik dunia.
"Dia semakin meningkat naik, tetapi memiliki segala-galanya untuk mencapai tahap tertinggi."

? #WorkoutWednesday ? Reds Check-In ?@MarcusRashford is making gains ? pic.twitter.com/t5tD1O9EU9

— Manchester United (@ManUtd) April 29, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penangguhan kesemua saingan bola sepak di seluruh dunia membenarkan United masih lagi menikmati 11 perlawanan tanpa kalah dan tidak dibolosi sembilan perlawanan.
#Manchester United #Marcus Rashford #Nemanja Matic