Rashford harap dapat jalani latihan ringan selepas pembedahan bahu

Muzaffar Musa
September 28, 2021 09:44 MYT
Penyerang Manchester United, Marcus Rashford, berharap dapat diberikan kebenaran untuk menjalani latihan ringan bagi meningkatkan pemulihannya selepas menjalani pembedahan bahu.
Pemain kebangsaan England itu tidak pernah mewakili The Red Devils sejak menjalani pembedahan itu pada Julai lalu.
Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer, berkata bahawa dia menjangkakan Rashford tidak akan dapat beraksi sehingga tamat waktu rehat antarabangsa bulan depan.
Rashford, dalam pada itu, memberikan perkembangan terbarunya dalam satu ciapan Twitter.
Dia berkata: "Selamat hari Isnin. Saya telah berjumpa doktor untuk mendapatkan pandangannya pada Jumaat lalu. Semuanya kelihatan baik, saya akan kembali ke padang untuk menjalani latihan."
Rashford menambah: "*ringan* saya rasa saya terlalu gembira untuk memberitahu semua orang sehingga terlepas satu perkataan.

*light* I suppose I was so happy to tell everybody I missed a word ?? https://t.co/BIWbRZcked

— Marcus Rashford MBE (@MarcusRashford) September 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
United terpaksa menelan kekalahan pertama dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini pada hujung minggu lalu, di mana Bruno Fernandes mensia-siakan sepakan penaltinya untuk mereka tewas 0-1 di tangan Aston Villa di Old Trafford.
Pasukan kendalian Solskjaer itu akan berdepan Villarreal dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi Khamis ini sebelum menghadapi Everton di laman sendiri dan bertandang ke laman Leicester City pada 16 Oktober depan sebelum waktu rehat antarabangsa.
#bola sepak #Manchester United #Marcus Rashford #Liga Perdana Inggeris