Rashford beri gambaran Sancho sah akan ke Manchester United

Muzaffar Musa
Jun 30, 2021 11:25 MYT
Bintang Manchester United, Marcus Rashford, memberikan gambaran bahawa Jadon Sancho sah akan melengkapkan perpindahan blokbuster dari Borussia Dortmund ke pasukannya dalam satu kiriman media sosial.
Sancho sudah sekian lama dilaporkan menarik minat United dan pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kini dilaporkan sudah semakin hampir untuk menandatangani pemain kebangsaan England berkenaan.
Setelah gagal mendapatkan Sancho pada awal musim 2020-21, United kini dikhabarkan sedang menantikan ketibaan pemain berusia 21 tahun itu.
Rashford -- yang kini sedang menjalankan tugasan antarabangsa bersama Sancho dalam Euro 2020 -- kelihatan mengesahkan perpindahan itu dalam Twitter.
Selepas diminta oleh seorang pengguna Twitter yang berkata "Umumkan (ketibaan) Sancho, Marcus", Rashford membalas: "Ya x".
Sancho menghasilkan lapan gol dan 11 bantuan dalam 26 perlawanan Bundesilga musim lalu.
Bekas pemain Manchester City itu menamatkan musim 2020-21 dengan 16 gol dalam kesemua kejohanan ketika Dortmund memastikan tempat ketiga Bundesliga dan layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Selain itu, Sancho juga menjaringkan dua gol dan membantu jaringan Erling Haaland ketika Dortmund menewaskan RB Leipzig 4-1 untuk bergelar juara DFB-Pokal musim lalu.

Words can’t describe this feeling! ? @DFB_Pokal WINNERS! This is for you guys @BVB pic.twitter.com/j8ujmcMQpm

— Jadon Sancho (@Sanchooo10) May 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Manchester United #Marcus Rashford #Borussia Dortmund #Bundesliga #Liga Perdana Inggeris #Jadon Sancho