Marcus Rashford akan terlepas permulaan musim Liga Perdana Inggeris setelah memilih untuk menjalani pembedahan bahu selepas tamat Euro 2020.

Penyerang Manchester United itu, yang gagal menyempurnakan penalti ketika England tewas 3-2 kepada Itali sebelum disasar sebagai mangsa perkauman di media sosial, dijangka diketepikan sehingga 12 minggu, sehingga Oktober.

BBC melaporkan Rashford telah menjalani imbasan dan telah didedahkan kecederaan yang dialami memerlukan pembedahan berbanding rehat. Bagaimanapun, pembedahan itu tidak tersedia sehingga akhir bulan ini akan menundakan tempoh pemulihannya.

Aksi pembukaan Manchester United bagi musim 2021-22 bertemu Leeds United pada 14 Ogos.

Rashford dihimpit masalah kecederaan sejak musim 2020-21 dan dilaporkan menjalani pembedahan selepas Euro berakhir.

Pemain berusia 23 tahun itu menjaringkan 21 gol dalam 57 penampilan bersama Red Devils.