Ralf Rangnick percaya Scott McTominay boleh menjadi kapten Manchester United dalam 'beberapa tahun' dan memuji aksi 'cemerlang' David de Gea berikutan kemenangan 1-0 Piala FA ke atas Aston Villa.

McTominay menjaringkan gol tunggal pertandingan pusingan ketiga di Old Trafford pada hari Isnin, menanduk masuk hantaran lintang rakan sepasukan, Fred selepas tujuh minit sahaja.

Ia sudah cukup untuk Red Devils menempah slot ke pusingan keempat di tempat sendiri menentang pasukan Kejuaraan Middlesbrough, tetapi Villa malang tersingkir kerana mereka ternyata merupakan pasukan yang lebih baik dalam perlawanan awal pagi tadi.

Danny Ings mempunyai gol yang diabaikan kerana kekasaran oleh Jacob Ramsey ke atas Edinson Cavani berikutan pemeriksaan VAR, pengadil, Michael Oliver akhirnya membuat keputusan selepas diberitahu untuk memeriksa monitor tepi padang.

Percubaan Ollie Watkins terkena palang pada separuh masa pertama dan memiliki gol yang turut dibatalkan kerana Ings berada dalam keadaan ofsaid.

Di tengah-tengah pergolakan bilik persalinan United berikutan kekalahan 1-0 kepada Wolves, terdapat kelegaan untuk Rangnick selepas kemenangan yang cukup bertuah.

Pengendali sementara Red Devils itu memuji aksi dipamerkan McTominay dan De Gea selepas persembahan tidak meyakinkan daripada pasukannya.

"Dia pemain daripada akademi United, tenaganya cukup luar biasa. Dia kini juga mula menjaringkan gol dan juga dengan beberapa kemahiran untuk memimpin pasukan.

"Saya tidak akan terkejut jika dalam beberapa tahun dia akan menjadi kapten pasukan ini."


"Kami perlu membentuk pasukan ini untuk memastikan tiada peluang untuk dibolosi dan hari ini merupakan satu lagi persembahan yang menyaksikan David de Gea terus mempamerkan aksi luar biasa."