KELANTAN 2 TERENGGANU CITY 0

Kelantan memanfaatkan kelebihan di laman sendiri selepas berjaya meraih kemenangan 2-0 ke atas Terengganu City dalam aksi pusingan kedua Piala FA, sebentar tadi.


Prestasi tidak menentu dalam saingan Liga Super menyaksikan pemecatan pengendali kelahiran Thailand, Sathit Bensoh, namun The Red Warriors bangkit dengan meraih kemenangan pertama musim ini ketika bertemu Perak 3-2.

Yusri Che Lah, yang bertanggungjawab sebagai jurulatih sementara, terus memberikan keyakinan kepada pemain-pemainnya dalam perlawanan ini dan kepercayaan itu dihadiahkan dengan gol pembukaan pada minit ke-25 apabila hantaran Mohd Badhri Radzi disempurnakan oleh Cassio de Jesus.

Bersambung dalam babak kedua, Kelantan meningkatkan lagi asakan ke arah kubu pertahanan pasukan pelawat, dengan bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) II, Shafiq Shaharudin, memastikan kemenangan Kelantan pada minit ke-74 untuk mara ke pusingan seterusnya.

Sementara itu, saingan di Stadium Darulaman, Alor Setar menyaksikan Azraai Khor pulang hampa dalam aksi pertamanya selaku pembimbing baru Negeri Sembilan.

Kedah mencipta kemenangan 1-0 selepas perlawanan berlarutan ke masa tambahan. Baddrol Bakhtiar muncul wira Lang Merah selepas meledak gol pada minit ke-120 bagi memastikan mereka mara ke pusingan seterusnya.

Keputusan lain:

PKNS FC 4 HANELANG 1

UiTM 3 PERLIS 0

Kredit: Persatuan Bolasepak Kelantan - Kelantan FA