Ketua jurulatih Sepanyol, Luis Enrique, menjelaskan penggantian Sergio Ramos pada separuh masa tidak melibatkan dengan kecederaan, malah sekadar menguruskan kondisi pemain menjelang dua aksi kelayakan Piala Dunia 2022.

Kapten Real Madrid dan Sepanyol, Ramos, digantikan Inigo Martinez pada separuh masa, yang memberikan penalti ketika seri 1-1 dengan Greece di Granada semalam.

Ramos terlepas dua bulan saingan bersama Real ekoran kecederaan lutut, dengan pemain berusia 34 tahun itu kembali beraksi bertemu Elche dan Atalanta sebelum terlepas pertembungan dengan Celta Vigo.

​"Sergio Ramos tidak berdepan masalah kecederaan," kata Luis Enrique. "Dia tidak beraksi sebelum kerana memiliki kecederaan ringan.

"Kami sudah memutuskan terlebih dahulu bahawa dia hanya akan bermain pada babak pertama dan dia baik-baik saja.

"Dia akan beraksi perlawanan berikutnya."

Ramos, yang merekodkan 179 kaps di pentas antarabangsa, masih belum pasti beraksi untuk saingan kelayakan bertemu Georgia pada Ahad dan Kosovo Rabu depan.