Paris Saint-Germain mengesahkan Sergio Ramos dijangka akan menyertai sesi latihan skuad utama minggu depan berikutan diketepikan ekoran kecederaan, tetapi Marco Verratti bakal tidak beraksi hampir sebulan.

Ramos berhijrah ke PSG secara perpindahan percuma dari Real Madrid sebelum musim bermula, selepas menikmati 16 tahun di Santiago Bernabeu.

Pertahanan tengah berpengalaman iu merupakan sebahagian daripada revolusi skuad di Parc des Princes, bersama Lionel Messi, Gianluigi Donnarumma, Georginio Wijnaldum dan Achraf Hakimi turut berhijrah ke Paris.

Tetapi Ramos masih belum melakukan debut PSG selepas mengalami kecederaan betis pada penghujung Julai, selepas turut terlepas sebahagian besar musim 2020-21 ekoran masalah kecergasan.

PSG berhati-hati untuk membawa Ramos ke dalam latihan, berusaha bagi memastikan pemain tersebut bebas kecederaan dan kini dia semakin hampir melakukan debut.

"Program pemulihan Sergio Ramos, yang diselaraskan oleh kakitangan perubatan, berkembang seperti yang dirancang," menurut laman web PSG.

"Dia dijangka dapat memulakan latihan dengan seluruh skuad minggu depan."

Tetapi Verratti bersedia untuk berehat dengan kecederaan pinggul, dan dipercayai akan mengambil masa sebulan untuk pulih.

Oleh itu, pemain antarabangsa Itali itu berkemungkinan akan terlepas lima perlawanan seterusnya dalam semua pertandingan, berpotensi termasuk dua pertembungan Liga Juara-Juara PSG yang akan datang dengan RB Leipzig dan Manchester City.

PSG juga mendedahkan Kylian Mbappe diragui untuk lawatan ke Lille Jumaat ini kerana sakit – dia akan dinilai dalam beberapa hari akan datang.