Ramos pecah rekod LaLiga

Ammar Hakim
Jun 22, 2020 02:18 MYT
Kapten Real Madrid, Sergio Ramos, menjadi pemain pertahanan terbanyak menjaringkan gol dalam sejarah LaLiga semalam.
Ramos mencatatkan 68 gol dalam kariernya dalam kancah LaLiga setelah menyempurnakan sepakan penalti ketika Real kembali ke puncak liga dengan kemenangan 2-1 ke atas Real Sociedad.
Real memecahkan kebuntuan pada minit ke-50 Ramos, selepas Alex Remiro menjatuhkan Vinicius Junior dalam kotak penalti.
Ramos menyamai rekod jaringannya sendiri dengan tujuh gol serta mengatasi bekas pemain pertahanan Barcelona, Ronald, Koeman dalam senarai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman sebagai pemain pertahanan.

?? EL CAPITÁN!#HalaMadrid | #RMLiga pic.twitter.com/VekDf2B2bo

— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) June 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pertahanan berusia 34 tahun itu terpaksa meninggalkan padang selepas mengalami kecederaan lutut sebelum Karim Benzema menggandakan kelebihan Real 10 minit sebelum perlawanan berakhir.
Mikel Merino membuat Real cemas apabila mengurangkan defisit jaringan ketika perlawanan berbaki tujuh minit, tetapi Real memastikan kemenangan berjaya terhasil sekaligus mengatasi Barcelona di puncak liga selepas 30 perlawanan.
Ramos, hadir daripada akademi Sevilla sebelum menyertai Real pada tahun 2005.
Sejak berpindah ke Santiago Bernabeu, kapten Sepanyol itu telah memenangi 21 anugerah utama -- termasuk empat gelaran LaLiga dan serta Liga Juara-Juara (UCL).
Ramos juga merupakan pemenang Kejuaraan Eropah dua kali dan juara Piala Dunia.