KEPULAUAN FAROE 1 SEPANYOL 4

Sergio Ramos mendedikasikan rekodnya mencatat kemenangan terbanyak di peringkat antarabangsa kepada bekas rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan, Jose Antonio Reyes.


Kemenangan 4-1 ke atas Kepulauan Faroe semalam membolehkan Ramos mengatasi Ike Casillas dalam carta sepanjang zaman setelah meraih kemenangan ke-112 tatkala dia menjaringkan gol pembukaan.

Pertahanan itu melakukan penampilan pertama buat skuad senior Sepanyol pada 2005 dan telah menjulang trofi Piala Dunia serta dua kejuaraan Eropah di sepanjang karier antarabangsanya.

Susulan pencapaian terbaru yang diraih, Ramos memberikan penghormatan buat bekas pemain Sevilla dan Arsenal, Reyes, yang terbunuh dalam kecelakaan jalan raya minggu lalu.

"Selepas tragedi yang menimpa rakan kami, Reyes, pastinya memecahkan rekod menerusi gol tandukan merupakan cara terbaik untuk mengingatinya. Ia bermakna buat saya," katanya.

"Ia untuk seluruh keluarga Reyes serta memori bersamanya. Semoga dia tenang di sana.

"Saya sangat berbangga dapat mencipta rekod dunia. Ia sesuatu yang pantas berlaku tetapi saya sudah lama bersama skuad kebangsaan dan melalui banyak perlawanan selama bertahun-tahun.

"Untuk memegang rekod dunia mencipta kemenangan serta menjadi pemain yang sentiasa menikmatinya membuatkan anda gembira untuk terus bekerja dan kembali bersama skuad kebangsaan.

"Diharapkan, kami dapat meneruskan kemenangan. Ia mampu menjadi petanda baik," katanya.