Sergio Ramos menjelaskan khabar angin mengenai masa depannya bersama Real Madrid dengan menjanjikan orang pertama yang memberitahu kepada umum selepas keputusan dilakukan.

Kapten Sepanyol itu bercakap selepas melakukan penampilan ke-180 buat La Roja ketika menang 3-1 ke atas Kosovo dalam aksi kelayakan Piala Dunia awal pagi tadi, menjadikan dia pemain keempat terbanyak beraksi di pentas antarabangsa yang dipegang oleh legenda Mesir, Ahmed Hassan.

Dia hanya tampil beraksi empat minit sebelum perlawanan berakhir di Estadio Olimpico de la Cartuja, tetapi tumpun terarah kepada karier kelabnya selepas tamat perlawanan perlawanan dengan kontrak bersama Real bakal berakhir hujung musim ini.

Real kini di tangga ketiga LaLiga, enam mata di belakang pendahulu, Atletico, dan berdepan Liverpool dalam suku akhir Liga Juara-Juara.

"Dengan masa depan saya, saya sangat jelas, tidak ada berita dan sekarang tidak ada yang boleh saya katakan," katanya.

"Apabila ada berita, saya akan menjadi orang pertama yang memberitahunya.

"Kami memutuskan musim dalam dua minggu, di LaLiga melawan Eibar dan Barcelona, dan di Liga Juara-Juara menentang Liverpool, dan mudah-mudahan kami dapat bermain di tahap yang baik."


Luis Enrique mempertahankan keputusan untuk membawa Ramos lewat dalam permainan, walaupun pemain pertahanan itu baru sahaja pulih daripada kecederaan lutut kirinya yang membuatnya diketepikan selama dua bulan.

Setelah melihat pasukannya meraih kemenangan kedua dalam tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia, dengan gol dari Dani Olmo, Ferran Torres dan Gerard Moreno, jurulatih Sepanyol itu menggambarkan kehadiran Ramos sebagai 'keputusan teknikal'.

"Ramos sudah tidak lagi berdepan komplikasi," kata Enrique.

"Saya mengambil keputusan di mana pemain terbaik yang beraksi, benar Ramos sudah pulih tetapi dia baru pulih daripada kecederaan.

"Mereka yang bermain lebih baik. Sama ada anda suka atau tidak, itu soalan lain."