Ramos akan jadi pembelian terbaik buat Barcelona -- Rivaldo

Muzaffar Musa
Mac 10, 2021 04:40 MYT
Rivaldo percaya kapten Real Madrid, Sergio Ramos, akan menjadi pembelian terbaik buat seteru tradisi pasukan LaLiga itu, Barcelona.
Kontrak Ramos akan tamat pada penghujung musim ini dan bintang pertahanan itu masih belum bersetuju untuk memperbaharuinya bersama juara LaLiga berkenaan.
Pemain kebangsaan Sepanyol berusia 34 tahun itu turut dikaitkan untuk menyertai Manchester United, Manchester City dan Juventus.
Rivaldo, yang memenangi dua gelaran LaLiga sebagai sebahagian daripada pencapaiannya ketika mewakili Barca, mempertahankan Ramos sekiranya mahu merealisasikan perpindahan kontroversinya ke Camp Nou.
"Pemain perlu menjadi profesional dan sekiranya anda mendapat tawaran yang bagus, saya fikir tidak mengapa untuk anda mendengarnya," kata bekas pemain kebangsaan Brazil itu kepada Betfair.
"Sudah pasti Sergio Ramos akan menjadi pembelian terbaik buat Barcelona.
"Ia akan menjadi perpindahan bersejarah dan akan menjadi kontroversi berdasarkan sejarah Ramos bersama Real Madrid," katanya.

Sesión terminada. ¡Día de derbi! Training session finished. Derby day!#HalaMadrid pic.twitter.com/I59jaGvKrN

— Sergio Ramos (@SergioRamos) March 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Barcelona #Real Madrid #LaLiga #Sergio Ramos