Jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal, kecewa apabila pasukannya sekadar seri 2-2 berdepan Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, semalam.

Bekas pengendali kebangsaan itu menegaskan anak buahnya lebih layak mendapat tiga mata penuh tetapi kegagalan barisannya menyekat kebangkitan saat-saat akhir Selangor membuatkan mereka berputih mata.

"Kami tidak boleh tidur lagi. Kami tidak bernasib baik kerana mereka dapat menjaringkan gol penyamaan tetapi ada keazaman daripada pemain.

"Mereka tidak berputus asa. Tetapi, sebagai jurulatih, saya mahukan tiga mata pada malam ini," kata Rajagobal.

Sementara itu, kapten PKNS, Safee Sali, menggesa pasukannya segera memperbaiki permainan ketika bertahan bagi memastikan tidak lagi kehilangan mata.

"Apabila kami ketinggalan kami perlu perbaiki kelemahan. Ia terutama ketika kami menjaringkan gol tetapi bolos juga banyak. Jadi, bagi saya pemain-pemain tahu apa kelemahan mereka," kata Safee.

Imej: Asiana