King is 'comeback!', itu spekulasi hangat membabitkan bekas jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal.

Tidak menolak kemungkinan kembali dalam Liga Malaysia musim depan, Rajagobal kini dikaitkan dengan PJ City.

Ia bagi menggantikan K. Devan yang tampak gagal memenuhi indeks prestasi utamanya bersama PJ City musim ini.

"Saya masih lagi meminati sukan bola sepak, bukan sahaja daripada aspek kejurulatihan, bukan sahaja kancah tempatan namun jika terdapat tawaran di peringkat antarabangsa, saya bersedia untuk menggalas tugas," kata Rajagobal.

Rajagobal sebelum ini mengendalikan PKNS FC yang dijadikan sebagai 'feeder club' Selangor bermula tahun ini.