Raja Isa Raja Akram Shah tidak menyangka kelab Muktijoddha Sangsad KC mengajukan tawaran kepadanya tatkala bekas jurulatih PSP Riau itu masih bergelut dengan situasi semasa liga Indonesia yang tertangguh.

Apatah lagi dia sebenarnya cuba merisik kekosongan dalam kancah di Jepun dan India tetapi tiada khabar berita, sebaliknya Muktijoddha Sangsad KC yang berpangkalan di Dhaka, Bangladesh, menawarkan kontrak semusim untuk dirinya.

"Pengurusan saya di Indonesia sangat membantu kerana liga tidak berjalan.

"Mereka kata lebih baik saya ambil saya ambil kesempatan ini jadi tiada konflik dengan kelab lama seperti masalah gaji, ia tidak berlaku.

"Saya terima tawaran ini.

"Liga ini mengandungi 14 pasukan dan saya merupakan satu-satunya jurulatih Asia untuk datang ke liga Bangladesh," katanya yang memulakan karier sebagai pengendali skuad Piala Belia Selangor.


Hey Haters, cry some more....

Posted by Muktijoddha Sangsad KC : Creating History Since 1981 on Saturday, January 2, 2021


Daripada 10 pasukan yang pernah dilatihnya sejak 2007, hanya UiTM FC menjadi satu-satunya pasukan tempatan yang pernah dikendalikan jurulatih berusia 54 tahun itu.

Bagi jurulatih kelahiran Ampang itu, beberapa individu menjadi sumber inspirasi meniupkan semangat untuk dirinya berkelana ke luar negara antaranya; Yang Dipertuan Agong, Al Sultan Abdullah Riayatuddin Mustafa Billah Shah, yang pernah menjawat kerusi nombor satu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Bekas Setiausaha Agung FAM, mendiang Datuk Seri Paul Mony serta Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

"Saya terinspirasi dengan Datuk M. Karathu yang pernah melatih sebuah pasukan di Sri Lanka.

"Mana tahu bermula daripada kelab, saya berkesempatan untuk mengambil pasukan kebangsaan Bangladesh dan mampu bersaingan dalam kejohanan seperti Sukan SEA.

"Saya punya impian untuk ke Sukan Olimpik.

"Saya masih ingat lagi pesan Karathu, 'Raja kalau anda mahu berjaya, mahu buktikan rakkyat Malaysia berkeupayaan, anda mesti melatih di luar negara'.

"Saya masih ingat kata-katanya ketika mengambil Lesen A dalam kejurulatihan pada 1998."