Impian Ireland dalam Kejohanan Ragbi Enam negara semakin pudar selepas tewas buat kali kedua berturut-turut, di mana percubaan mereka untuk bangkit tidak kesampaian susulan tewas tipis 13-15 kepada Perancis malam tadi.

Skuad kendalian Ande Farrell itu tewas kepada Wales dalam perlawanan terdahulu gara-gara kad merah awal perlawanan yang dikenakan ke atas Peter O'Mahony tetapi mereka gagal memanfaatkan peluang biarpun Perancis terpaksa beraksi dengan 14 pemain selama 10 minit juga pada awal permainan.

Charles Ollivon menghasilkan dua try pertama Perancis ketika mereka kekurangan seorang pemain yang memberikan pasukan pelawat itu kelebihan untuk mendahului sepanjang perlawanan.

Mereka mendahulu 15-3 sebelum sejam perlawanan dan walaupun Ireland mempamerkan semangat juang tinggi pada penghujung aksi, pasukan tuan rumah itu gagal menterbalikkan keputusan berkenaan, sekali gus memusnahkan impian mereka untuk bergelar juara manakala Perancis melalui waktu rehat pertama minggu ini dengan berada di kedudukan teratas.