Kejayaan Gabriel 'Gabigol' Barbosa di Flamengo tidak membentuk sebarang jalan untuk kembali ke Inter, menurut ejen penyerang kelahiran Brazil itu.

Pemain berusia 23 tahun itu berada di Itali selama 12 bulan selepas berhijrah dari Santos pada Ogos 2016, menjaringkan satu gol dalam sembilan penampilan saingan Serie A sebelum dipinjamkan ke Benfica, di mana dia sekadar beraksi dalam satu perlawanan.

Gabigol kemudian kembali menyertai Santos kemudian ke Flamengo

25 gol yang dihasilkan oleh Gabigol dalam 29 penampilan buat Flamengo tahun lalu, menimbulkan spekulasi Inter mungkin mahu mendapatkan khidmatnya semula.

Tetapi ejennya, Junior Pedroso, menegaskan pemain tersebut tidak akan kembali ke kelab itu.

"Anda telah dengar apa yang dikatakan oleh Gabigol? 'Saya beraksi cemerlang di Brazil, kini saya mahu membuktikan kepada Inter saya boleh beraksi cemerlang di tempat lain', dia tidak akan kembali ke Inter."
"Realitinya tiada peluang, dan bukan pilihan untuk kembali ke Inter."